Wednesday, September 17, 2014

Tuesday, September 16, 2014

16 SEPTEMBER 1963 ????


Ada apa dengan 16 September? Pasti tak ramai yang tau ada apa dengan 16 September yang tau nyer cuti. 16 September adalah Hari malaysia yang kita sambut  dimana  Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.


16 September merupakan Hari PembentukanPersekutuan Malaysia dan tahun ini 2013, genap 50 tahun sudah negara Persekutuan Malaysia telah dibentuk.

Fakta buat korang pada hari yang sama juga, 16 September diisytiharkan sebagai Hari Angkatan Tentera selain daripada Sambutan Hari Malaysia.

Rentetan Penubuhan Persekutuan Malaysia:

TARIKHPERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British pada Julai 1963, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Sunday, August 31, 2014






SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57 !!




Hari ini kita semua gembira meraikan hari KEMERDEKAAN KE-57.tapi kita jangan pernah berhenti mendoakan kesejahteraan mereka iaitu saudara sesama Islam kita yang berada disana.


Saturday, August 30, 2014


Sekali jatuh,bangkit semula.jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk teruskan perjuangan."bukan SENANG untuk SENANG" aku pegang kata2 itu.ternyata ada betulnya kata2 itu.sekarang aku merasakan betapa peritnya kegagalan itu.tapi aku yakin ada hikmah disebalik setiap sesuatu.Allah maha Adil.semua org yang berjaya, pernah mengharungi betapa sakitnya kegagalan.kehidupan ini seperti roda yang sedang berpusing.kadang2 kita berada diatas.dan kadang2 kita berada di bawah.GAGAL sekali BERJAYA selamanya!!!


Friday, August 29, 2014


ALHAMDULILLAH.naib johan.pertandingan paintball asrama harian negeri Selangor.Kenangan Bermakna.











KELUARGA. Mereka adalah segalanya.berkongsi suka duka kehidupan.tempat menagih kasih sayang.menjadi tulang belakang.menjadi pembakar semangat.segalanya bersama mereka.Abah Mama Abang Adik.



RAYAAA 2014
nenek.sepupu.sedara.pakcik.makcik.cucu.cicit.berkumpul di pagi hari raya 01 Syawal 2014.








"TRUE FRIENDS LAST FOREVER"
Semoga ukhuwwah yang telah terjalin ini kekkal hingga ke Jannah.Aaminn.

 







LOVE THEM.BATCH 15.mengharungi pahit manis suka duka bersama.berkongsi masalah.tempat membebel.gadoh2.gelak2.menangis sesama.segalanya bersama mereka as "BATCH15"